14 September 2017 - 14:17
Parlimen Iraq Mengundi Untuk Pecat Gabenor Kirkuk

Parlimen Iraq mengundi pada hari Khamis untuk memecat gabenor Kirkuk berikutan permintaan Perdana Menteri Haider al-Abadi, kata beberapa ahli parlimen yang menghadiri pengundian itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Parlimen Iraq mengundi pada hari Khamis untuk memecat gabenor Kirkuk berikutan permintaan Perdana Menteri Haider al-Abadi, kata beberapa ahli parlimen yang menghadiri pengundian itu.

Keputusan untuk memecat gabenor, Najmaddin Kareem dibuat selepas Kirkuk mengundi untuk mengambil bahagian di dalam sebuah referendum berhubung kemerdekaan Kurdish yang ditetapkan berlangsung pada 25 September.

Baghdad dan negara yang berjuran dengan Iraq turut menentang referendum tersebut dan pada awal minggu ini parlimen Iraq telah mengundi untuk menolaknya sekaligus membenarkan Perdana Menteri Abadi untuk "mengambil semua langkah" yang perlu untuk memelihara perpaduan negara Timur Tengah itu.

Ahli Parlimen Iraq bimbang bahawa referendum itu akan mengukuhkan kawalan Kurdish ke atas beberapa kawasan yang menjadi pertikaikan di antara pihak terlibat termasuk Kirkuk sendiri.

Sementera itu, pemimpin Kurdish, Massoud Barzani pula berikrar untuk meneruskan referendum tersebut dan terus menegaskan bahawa undi akan diadakan tepat pada waktunya.

Ahli Parlimen Kurdish memboikot pengundian yang berlangsung pada hari Khamis. Seramai 173 orang penggubal undang-undang hadir di Baghdad untuk membuang undi. Majoriti daripada mereka mengundi untuk memecat gabenor, kata Ahli Parlimen Husham al-Suhail kepada Reuters.

Gabenor tidak segera bertindak balas terhadap permintaan untuk memberi komen. -ABNA24

/315